Amazon cover image
Image from Amazon.com

FALSAFAH SAINS : PENDEKATAN KUALITATIF / Mat Rofa Ismail

By: Material type: TextTextLanguage: Malay Publisher: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006Copyright date: ©2006Description: xiv, 45 pages : illustrations with some color ; 25 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 9836291679
  • 9789836291677
Subject(s):
Contents:
Summary: Falsafah ialah ilmu untuk memahami alam semesta, menggunakan akal dan pemikiran, bersandarpada penghujahan mantik dan model matematik yang berakhir dengan pengiktirafan kewujudan Pencipta sekalian alam. Falsafah merupakan gabungan tiga ilmu, iaitu sains tabii, matematik dan metafizik. Ketiga-tiga juzuk tersebut digabungkan dalam epistemologiaesatuan ilmu yang berfungsi untuk mengenali Pencipta alam yang serba indah ini. Alam kosmos yang mega tunduk dan patuh pada peraturan yang telah ditentukan dalam perjalanan hariannya menuju destinasi akhirnya. Adakah manusia yang kerdil mampu untuk membantah hukum dan peraturan yang telah ditentukan Pencipta alam semesta ini terhadapnya? Adakah saintis yang menerokai sempadan ilmu menerusi pendekatan ini tidak terasa kekerdilan dirinya berhadapan dengan keagungan Pencipta alam sejagat, sedang dirinya berada di atas bahtera kecil yang bernama Bumi yang terapung-apung di alam semesta dalam kesatuan alam kosmos keseluruhannya? Pendekatan ini diharapkan dapat melahirkan saintis yang berakhlak dan beretika yang menjadi matlamat falsafah. Andainya ilmu ibarat pohon, maka akhlak ialah buahnya. Daripada buah dikenali pokoknya. Buku ini, Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif, ditulis menerusi pendekatan naratif kualitatif yang bersifat persuasif untuk mengajak pembacanya merenungi dan meneliti setiap bab yang ditulis berdasarkan paradigma yang ditakrifkan secara tersirat oleh penulisnya. Pendekatan buku ini berbeza daripada pendekatan paradigma Barat atau Timur. Di sini, penulis mengemukakan satu pendekatan sistem nilai bersepadu yang menjadi inti sari falsafah pendidikan negara yang diamalkan di Malaysia, yang menekankan kesatuan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Paradigma tersebut hanya disedari apabila seseorang selesai membaca, meneliti, menjiwai serta merenungi secara keseluruhan teks. Selamat membaca!
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Call number Status Date due Barcode
Books - Printed PERPUSTAKAAN GUNASAMA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH Main Library General Q175 M37 2006 (Browse shelf(Opens below)) Available SF0004965

Includes references and index.

1 Agama, manusia dan kosmologi -- 2 Falsafah, matematik dan sains -- 3 Sains merentas tamadun -- 4 Mantik, metematik dan perkaedahan saintifik -- 5 Metafizik dalam aliran pemikiran sains -- 6 Sains, sistem nilai dan ajakan paradigma -- 7 Etika dalam sains dan teknologi -- 8 Saintis, pemikiran dan ketuhanan -- 9 Falsafah sains dalam konteks kurikulum sains negara -- 10 Falsafah sains matematik dalam pemikiran matematik di Malaysia.

Falsafah ialah ilmu untuk memahami alam semesta, menggunakan akal dan pemikiran, bersandarpada penghujahan mantik dan model matematik yang berakhir dengan pengiktirafan kewujudan Pencipta sekalian alam. Falsafah merupakan gabungan tiga ilmu, iaitu sains tabii, matematik dan metafizik. Ketiga-tiga juzuk tersebut digabungkan dalam epistemologiaesatuan ilmu yang berfungsi untuk mengenali Pencipta alam yang serba indah ini. Alam kosmos yang mega tunduk dan patuh pada peraturan yang telah ditentukan dalam perjalanan hariannya menuju destinasi akhirnya. Adakah manusia yang kerdil mampu untuk membantah hukum dan peraturan yang telah ditentukan Pencipta alam semesta ini terhadapnya? Adakah saintis yang menerokai sempadan ilmu menerusi pendekatan ini tidak terasa kekerdilan dirinya berhadapan dengan keagungan Pencipta alam sejagat, sedang dirinya berada di atas bahtera kecil yang bernama Bumi yang terapung-apung di alam semesta dalam kesatuan alam kosmos keseluruhannya? Pendekatan ini diharapkan dapat melahirkan saintis yang berakhlak dan beretika yang menjadi matlamat falsafah. Andainya ilmu ibarat pohon, maka akhlak ialah buahnya. Daripada buah dikenali pokoknya. Buku ini, Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif, ditulis menerusi pendekatan naratif kualitatif yang bersifat persuasif untuk mengajak pembacanya merenungi dan meneliti setiap bab yang ditulis berdasarkan paradigma yang ditakrifkan secara tersirat oleh penulisnya. Pendekatan buku ini berbeza daripada pendekatan paradigma Barat atau Timur. Di sini, penulis mengemukakan satu pendekatan sistem nilai bersepadu yang menjadi inti sari falsafah pendidikan negara yang diamalkan di Malaysia, yang menekankan kesatuan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Paradigma tersebut hanya disedari apabila seseorang selesai membaca, meneliti, menjiwai serta merenungi secara keseluruhan teks. Selamat membaca!

In Malay.

PSZ_JB PSZ_KL PRZS PAGOH

There are no comments on this title.

to post a comment.

Powered by Koha